Pelbagai cara manusia menyimpan dan menjana aset. Ada yang menjadi. Ada juga yang ranap. Sendiri buat sendiri tanggung. Prinsip pelaburan ialah kadar risiko berpadan dengan pulangannya. Rendah risko, rendah pulangan. Tinggi risko, tinggi pula pulangannya. Maka pelbagaikanlah strategi anda.

Yang nak dibicarakan disini ialah jenis pelaburan yang tak ada dalam buku ekonomi di Universiti. Ha ha. Jika percaya boleh baca selanjutnya. Kalau tak percaya, "rontikanlah" bak kata orang Negeri Sembilan.

Dinar Iraq sebelum dan semasa zaman Saddam memerintah pernah bernilai 1 Dinar Iraq bersamaan dengan USD 3.00. Maknanya bersamaan dengan lebih kurang RM 10.00 tu.

Berapa nilai Dinar Iraq sekarang. Jawapannya tak sampai RM 0.10. Sekali lagi ditegaskan tak sampai sepuloh sen Malaysia.

So, apa nak buat sekarang. Beli dan simpanlah. Jangan pandang-pandang duit dinar tu. Lepas Amerika betul-betul dah keluar Iraq, baru tengok nilainya.

Boleh kaya ke. Ya, sejarah sentiasa berulang. Berdasarkan pengalaman Kuwait dulu, memang jadi jutawan kita. Masa Iraq serang Kuwait, harga 1 Dinar Kuwait ialah RM 0.30 sahaja. Selepas Iraq keluar dari Kuwait, 1 Dinar Kuwait jadi USD 3.00 bib. Kaya tuuuu.

Bayangkanlah jika anda ada 10,000 Dinar Iraq, yang kini bernilai tak sampai RM 150.00; akan menjadi RM 35,000.00 nanti. Engkau orang kira le sendiri kalau ada 100,000 Dinar Iraq atau sejuta Dinar Iraq. Ha ha. Jangan pengsan masa tu dah le.

Ramai yang bertanya siapakah pembeli dinar yang teramai. Jawabnya ialah rakyat Amerika sendiri. Bukan sahaja induvidu tetapi syarikat public listed pun menyimpannya sebagai reserve. Oleh kerana wang dinar ini belum diapunglan di pasaran, pihak berkuasa Amerkia terpaksa meluluskan lesen kepada syarikat tertentu untuk menjual dinar Iraq secara rasmi di Amerika. Pokoknya rakyat Amerika terlalu yakin dengan kenaikan dinar.

Mereka tidak mahu terlepas peluang seperti mana yang terjadi keatas dinar Kuwait.

Simpan dinar iraq dan tunggu sahaja kenaikannya. Tunggulah kelahiran jutawan senyap versi abad 21. Ha ha.

Apabila Dinar Iraq ditukar kepada note baru yang lebih berkualiti dan mengandungi ciri keselamatan bertaraf antarabangsa pada akhir tahun 2003, nilainya telah naik secara beransur-ansur dan sehingga kini nilai kenaikannya ialah sebanyak 60%.

Walaupun dinar Iraq belum diapungkan, ia tetap naik sedikit demi sedikit dan sehingga kini telah naik sebanyak 60% tanpa disedari pihak awam yang kurang peka dengan potensi dinar Iraq.

Sebaliknya beberapa buah syarikat public listed di USA telah membuat untung beratus juta USD kerana menjadikan dinar Iraq sebagai porfolio pelaburannya akibat kenaikan nilai dinar sebanyak 60% ini.

Kini stok dinar Iraq semakin sukar diperolehi di pasaran luar Iraq kerana penyimpan dinar Iraq sudah melihat bayangan kenaikan nilai dinar Iraq ini secara signifikan selepas tentera Amerika berundur secara rasmi dari bumi Iraq dan tak bersedia menjualnya lagi.

Kalau dulu penyimpan dinar Iraq dikatakan menyimpan koleksi dinar tetapi kali ini dianggap sebagai penyimpan bon bernilai tinggi untuk ditebus pada bila-bila masa.

Next Page →