Keamanan dan kestabilan politik dalam negara merupakan salah satu syarat kemajuan ekonomi. Rakyat hanya akan puas hati jika mereka sendiri yang menentukan pimpinan negara mereka sendiri.

Di Iraq, selepas kejatuhan dan kematian Saddam Husein, maka sistem demokrasi telah diperkenalkan dalam memilih teraju pimpinan negaranya. Jika proses ini berjalan terus dan anggota pasukan keselamatan dapat mengawal keamanan dengan baik, Iraq merupakan salah sebuah sebuah negara demokrasi seperti Iran di Timur Tengah. Hampir keseluruhan negara Timur Tengah masih berasaskan sistem berraja(monarki) yang rakyatnya tidak ada pilihan dan hak dalam menentukan pimpinan dan dasar negara.

Seperti negara Eropah dan Asia yang lain, negara-negara di Timur Tengah perlu berubah ke sistem demokrasi tulin supaya ianya memberi faedah kepada rakyat secara langsung. Iran dan Iraq di lihat sebagai perintis kepada sebuah negara demokrasi pilihan rakyat di Timur Tengah. Dengan adanya sumber ekonomi minyak dan gas - kedua-dua negara ini dilihat akan lebih kedepan berbanding dengan negara-negara lain di Timur Tengah.

Amalan demokrasi di Iraq akan melahirkan keamanan dan kestabilan politik - sekaligus meningkatkan nilai dinar seperti sebelum 2003 - RM 1.00 bagi setiap dinar. Tunggulah saatnya seperti mana yang diramal dan diyakini oleh para pemerhati dan penganlisis ekonomi dunia.

Kekayaan Iraq menggiurkan Amerika untuk menyerang Iraq pada 2003, bukannya kerana kejahatan Saddam. Saddam itulah yang disokong oleh Amerika apabila perang Iran-Iraq satu masa dahulu.

Berapa kekayaan Iraq?

Iraq merupakan negara kedua terbesar dunia yang mempunyai simpanan minyak yang bernilai 10 trilion USD atau 350 billion barrel - 3 kali ganda dari jumlah yang dimilik oleh Arab Saudi. Bayangkanlah kekayaannya.

Dengan fakta ini, maka tidaklah hairan mengapa rakyat Amerika menjadikan dinar Iraq sebagai salah satu pelaburannya - ibarat membeli dan menyimpan bon- beli dengan harga terendah untuk ditebus untuk satu tempoh yang sederhana panjang. Pihak berkuasa Amerika terpaksa meluluskan satu undang-undang bagi membolehkan syarikat kewangan di Amerika mengimpot dinar Iraq secara sah dari luar, misalnya dari Kuwait atau Jordan. Hanya BNM Malaysia sahaja gagal melihat potensi dinar Iraq ini.

Tak rugi, malah satu langkah bijak menyimpan dinar Iraq sebagai satu strategi alternatif menjana wang tatkala sampai umur pencen kita nanti.

Membeli dan menyimpan dinar bukan kerja utama orang awam tetapi bank. Bisnes utama bank ialah pertukaran wang. Selepas Saddam, dunia perbankan Iraq semakin rancak, berkembang dan sistematis mengikut peraturan dan undang-undang berkaitan dengannya.

Membuka bank bermakna berniaga dan menyimpan matawang negara itu sendiri. Turun naik matawang akan memberi pulangan dan sekaligus risko kepada bank itu sendiri. Dalam keadaan negara yang tidak stabil politik dan ekonominya, hanya negara sahaja mengadakan perkhidmatan bank. Ianya tidak melibatkan bank perdagangan persendirian.

Kini ekonomi dan politik Iraq memberi keyakinan kepada banyak bank persendirian tempatan dan bank komersil antara bangsa. Terdapat lebih 25 buah bank tempatan yang berkembang membuka banyak cawangan di Iraq. Terdapat 6 buah bank luar yang beroperasi di Iraq kini. Jika risiko menyimpan dan berurusniaga dinar Iraq, maka bank inilah pihak pertama yang menanggung risikonya. Tetapi setakat ini merekalah yang beruntung kerana milai dinar naik sedikit demi sedikit. Bagi kita di luar Iraq menunggu nilai dinar naik pada kadar 1 dinar = 0.25USD atau paling kurang 0.10USD. Meletup!!!!!

Jika dinar naik ke USD 0.10 - maka 50,000 dinar yang bermodalkan RM 750.00 akan meraih USD 5,000.00 atau RM 18,000.00. Jika naik USD 0.25 pula, akan meraih RM 45,000.00. Wau - bak kata P.Ramlee. Ha ha.

Nak tau bank mana ada di Iraq klik di sini dan di sini. HSBC dan Standard Charted Bank pun ada!!! Cakap banyak pun tak guna. Beli sekarang.

← Previous Page Next Page →